Penantian satu penyeksaan.


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
-aishiteru-

Bila Rindu ini..masih milikmu...
Kuhadirkan sebuah..
harus berapa lama...Harus brapa lama...
aku menunggumu..aku menunggumu..
-menunggu mu-


Post kali ni bukan tentang aku tapi someone yg agak rapat dengan aku..
Dia selalu tanya.. "Hidup aku memang selalu kena menunggu kan??..."
Well..actually ini pasal kisah cinta dia.. Cinta yg tak pasti. Aku sendiri pown terfikir..
Why dia nak tunggu someone yang tah wujud or tidak. Maybe aku bukan ada kat tempat dia..
Aku tak boleh nak cakap apa2..just boleh nasihat dan buat dia stay strong.

Menunggu sesuatu yang tak pasti??

Ngee~ Menunggu tu memang satu penyeksaan. Lagi2 bila tunggu sesuatu yang belum pasti.
Rasa macam tertunggu tunggu. Ending dia pown tak sure macam mana..



Bagi aku, dia patut bagi peluang dekat hati dia..untuk someone else..
Mencinta tak semestinya memiliki..
Dan dan dan... kita muda lagi kowt.. Jauh lagi perjalanan kan..

Ohh ma chรจre amie..
Ramai lagi yang terbaik untuk kau..
Please jangan seksa diri..







Nobody perfect..

"Saya tak cantik la awak,saya ni tak sempurna dan banyak kekurangannya.Banyak lagi perempuan yang cantik di luar sana untuk awak jadikan pilihan hati selain dari saya"kata si Dara. Uda membalas "Saya pun punya kekurangan jugak awak,saya terima awak dengan seadanya"..Wah seronoknya,akhirnya mereka hidup bahagia..*hoho*  

Dalam mencari kesempurnaan,sempurna ker kita nak dapat yang elok-elok jer?Hebatkah diri,seakan diri bak putera yang punya segala?Andai kata diri ada kelebihan rupa,hargailah apa yang ada sementara ada,jika diri dimamah usia semuanya akan pudar dengan menjelang tua.Jika diri punya harta segala,manfaatkan untuk hikmah bersama.Semua sekadar pinjaman sementara,usah lalai dan leka dibuai dengan nikmat dunia.

Setiap manusia dilahirkan dengan keunikan sendiri ,sifat semulajadi yang ada dalam seseorang yang tanpa sedari menambat hati pada yang mencari.Kat mana yang uniknya seseorang tu?yang tu terpulang akan pandangan individu itu tersendiri dalam menilai seseorang.Ada yang sukakan seseorang mungkin kerana senyumannya,dari caranya atau mungkin kerana apa yang ada pada diri orang tu sendiri.

Mencari kesempurnaan dalam memilih pasangan memang korang takkan jumpa.Takkan ada manusia yang sempurna dirinya.Bukan luaran yang jadi ukuran dalam memilih pasangan,tapi keikhlasan juga harus ada.Keikhlasan dalam menerima akan seseorang itu adalah lebih baik.

Credit to Aiez

Tiada siapapun yang lahir sempurna kt dunia ni kn.. Kita semua ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Bukan kesempurnaan yg kita dambakan. Setiap yg tercipta saling melengkapi antara satu sama lain. 

Just be yourself...itu lebih baikkkkk kn??... 

Dia bukan untuk kita..


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

 Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNya.

 Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.


 Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.


 Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.

 Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah & Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


 Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutup pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


 Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita menjadi manusia yang hebat jiwanya.

 Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.


 Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..